Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Rangers, Copenhagen mara ke peringkat kumpulan UCL

    EINDHOVEN, 25 OGOS – Rangers kembali beraksi di Liga Juara-Juara peringkat kumpulan selepas 12 tahun menghilang dan dilanda krisis kewangan yang memalukan, mara menerusi pusingan playoff kelmarin dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas PSV Eindhoven.

    Rangers akan dimasukkan dalam undian peringkat kumpulan hari ini selepas penyerang kelahiran Coratia, Antonio Colak menjaringkan gol pada minit ke-60 dalam pusingan kedua untuk melengkapkan kemenangan agregat 3-2.

    Satu dekad lalu, Rangers terpaksa dibubarkan sebagai sebuah kelab dan memulakan semula perjuangan mereka dari tier keempat liga Scotland.

    Kini mereka menyertai seteru ketat, Celtic, yang akan mara secara terus sebagai pemenang Liga Scotland di Liga Juara-Juara.

    Sementara itu, Copenhagen turut mara kelmarin selepas mengikat juara Turki, Trabzonspor 0-0 setelah menang di pusingan pertama 2-1 minggu lalu.

    Dinamo Zagreb menjadi pasukan terakhir untuk layak selepas membenam kelab Norway, Bodo/Glimt 4-1 setelah masa tambahan di Croatia. Pemain gantian, Josip Drmic menjaringkan gol penentuan pada minit ke-117 dan membantu Petar Bockaj untuk meledak gol tiga minit kemudian.

    Dinamo mendahului 2-1 selepas 90 minit perlawanan untuk menyamakan mata jaringkan selepas Glimt menang tipis 1-0 di Norway minggu lalu.

    UEFA menghapuskan peraturan kelebihan gol di tempat lawan tahun lalu, yang membawa kelab juara Norway mara ke penampilan pertama di Liga Juara-Juara.- AFP

    Reaksi pemain Rangers, Antonio Colak meraikan gol semasa bertemu PSV Eindhoven di playoff Liga Juara-Juara, awal pagi kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...