Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    903 maut hujan monsun, banjir di Pakistan

    NEW DELHI, 25 OGOS – Hujan monsun dan banjir mengorbankan 903 orang di Pakistan sejak Jun, kata Menteri Perubahan Iklim negara itu Sherry Rehman.

    Angka kematian termasuk 326 kanak-kanak dan 191 wanita, dan mereka yang cedera ialah 1,293 orang.

    “Hujan lebat telah menyebabkan krisis kemanusiaan di negara ini,” kata Sherry dalam satu hantaran di Twitter pada Rabu. Wilayah selatan Sindh telah melaporkan angka kematian tertinggi iaitu seramai 293 orang, diikuti 230 kematian di Balochistan, 169 di Khyber Pakhtunkhwa (KPK) dan 164 di Punjab.

    Menurut laporan media tempatan, berjuta-juta orang memerlukan bantuan, tempat perlindungan dan barangan bantuan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...