Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    China promosi penggunaan tenaga arang batu

    BEIJING, 24 APRIL – China sedang mempromosi penggunaan tenaga arang batu ketika Parti Komunis berusaha memulihkan ekonomi lembap, sekali gus mencetuskan amaran Beijing sedang menarik balik usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada sumber global terbesar itu.

    Pelan rasmi menetapkan pertambahan kapasiti pengeluaran arang batu sebanyak 300 juta tan pada tahun ini, menurut laporan berita. Ia bersamaan dengan 7 peratus daripada 4.1 bilion tan pengeluaran tahun lalu, yang merupakan peningkatan sebanyak 5.7 peratus berbanding 2020.

    China merupakan salah satu pelabur terbesar dalam tenaga angin dan solar, tetapi pemimpin menggesa lebih banyak penggunaan tenaga arang batu selepas pertumbuhan ekonomi merosot pada tahun lalu dan kekurangan mengakibatkan bekalan elektrik terputus dan penutupan kilang. Serangan Rusia ke atas Ukraine menambah kebimbangan bahawa bekalan minyak dan arang batu mungkin terjejas.

    “Mentaliti untuk memastikan jaminan tenaga telah menjadi dasar karbon neutral yang dominan,” kata Li Shuo, penasihat kanan dasar global untuk Greenpeace. “Kami sedang beralih kepada tempoh yang tidak sesuai untuk tindakan iklim di China.”

    Arang batu adalah penting untuk ‘jaminan tenaga,’ beritahu pegawai kabinet pada mesyuarat 20 April yang meluluskan pelan untuk menambah kapasiti pengeluaran, menurut Caixin, majalah berita perniagaan.

    Parti pemerintah juga sedang membina kilang tenaga untuk menyuntik wang ke dalam ekonomi dan memulihkan pertumbuhan yang merosot kepada 4 peratus berbanding setahun sebelumnya dalam suku terakhir 2021, berkurangan daripada perkembangan 8.1 peratus.

    Dalam ucapan 2020 kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Xi berkata pelepasan karbon akan mencecah kemuncak pada 2030, tetapi beliau mengumumkan tiada sasaran untuk jumlah tersebut. Xi berkata China menyasarkan matlamat neutral karbon, atau menghapus seberapa banyak karbon daripada atmosfera dengan menanam pokok dan kaedah lain menjelang 2060. – AP

    Asap kelihatan naik daripada menara di Kilang Tenaga Termal Urumqi dari kapal terbang di Urumqi di barat rantau autonomi Uyghur, China pada 21 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...