Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Domino’s Pizza tamatkan operasi di Itali

    ROM, 24 MAC – Domino’s Pizza antara rangkaian piza terbesar di dunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, secara rasmi telah melepaskan aspirasinya untuk bertapak di Itali.

    Syarikat itu menutup cawangan terakhirnya di Rom dan Milan tahun lepas, manakala rakan kongsi francais itu, ePizza, telah memulakan proses pembubaran aset dengan harapan dapat memulihkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada pelaburan awal, lapor Xinhua.

    Laman sesawang syarikat itu tidak lagi beroperasi pada Khamis dan siaran terakhirnya di akaun media sosial adalah pada tahun lepas.

    Pejabat media Domino’s Pizza Amerika Syarikat mengesahkan laporan media mengenai penamatan operasi di Itali.

    Menurut largest.org, Domino’s ialah rangkaian piza terbesar di dunia dengan hasil tahunan global mencecah AS$12.3 bilion, tetapi syarikat berusia 63 tahun itu gagal bertapak di Itali. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -