Wednesday, January 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat maut dalam tembakan bar di California

    TRABUCO CANYON, CALIF., 24 OGOS – Tiga orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah bar penunggang motosikal California Selatan kelmarin, kata Jabatan Syerif Orange County. Penembak itu juga dibunuh oleh anggota keselamatan.

    Tembakan berlaku selepas jam 7 malam di Cook’s Corner di kawasan pedalaman Trabuco Canyon di Orange County, tempat minuman terkenal yang telah lama menjadi tempat persinggahan penunggang motosikal dan peminat yang berkumpul untuk menikmati muzik secara langsung, malam nyanyian atau hanya minum selepas perjalanan yang panjang.

    Penembak itu mati empat minit selepas laporan pertama mengenai tembakan itu diterima oleh pihak berkuasa, yang tiba di tempat kejadian dalam masa dua minit dan terlibat dalam tembakan dengan penembak, kata Syerif Orange County, Sarjan Frank Gonzalez,
    Penembak itu merupakan seorang pegawai polis bersara daripada Jabatan Polis Ventura, kata Pegawai Komander Mike Brown kepada kepada akhbar Ventura County Star. Dia bekerja di agensi itu dari tahun 1986 hingga 2014.

    Timbalan Syerif Orange County, Jeff Hallock tidak memberikan butiran mengenai penembak atau bagaimana kejadian tembakan itu berlaku dalam sidang akhbar kelmarin beberapa jam selepas tembakan itu, hanya berkata pihak berkuasa masih mengumpul maklumat dari tempat kejadian dan menemu bual saksi. – AP

    Orange County menggunakan tempat letak kereta di Gereja Saddleback sebagai lokasi siasatan tembakan di Lake Forest, California pada 23 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda