Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa 6.1 magnitud gegarkan Taiwan

    freepik

    TAIPEI, 16 OGOS – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda pantai timur Taiwan pagi hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), dengan kerajaan pulau itu mengesahkan tiada laporan kerosakan besar.

    Gegaran itu, yang boleh dirasai di ibu negara Taipei, melanda pukul 7:35 pagi (2335 GMT) pada kedalaman 15 kilometer (kira-kira sembilan batu) berhampiran Hualien, pusat gempa besar pada April, menurut USGS.

    Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan, yang pada mulanya melaporkan gempa bumi berukuran 6.3 magnitud, mengeluarkan amaran telefon bimbit yang memberi amaran kepada orang ramai supaya “bertenang dan mencari perlindungan berdekatan”.

    Di Hualien, dua orang yang terperangkap dalam lif semasa gempa telah diselamatkan, menurut biro bomba tempatan.

    Tetapi Agensi Bomba Kebangsaan berkata tiada kerosakan besar dan kereta api berkelajuan tinggi, rel dan sistem metro di pulau itu semuanya beroperasi seperti biasa.

    Namun, kerajaan menggesa berjaga-jaga berikutan gempa bumi berukuran 5.4 magnitud yang mencetuskan amaran kelmarin. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda