Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    IHP Mac 2024 menurun 0.5 peratus

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mac 2024 menunjukkan penurunan sebanyak 0.5 peratus berbanding Mac 2023 dengan penurunan didorong oleh indeks bukan makanan sebanyak 1 peratus.

    Manakala, indeks makanan dan minuman ringan meningkat sebanyak 1.5 peratus, menurut siaran media Indeks Harga Pengguna bagi Mac 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, di sini, hari ini.

    Kenyataan menyatakan lagi penurunan bagi indeks bukan makanan adalah terutamanya disebabkan oleh penurunan harga-harga pakaian dan kasut iaitu 13.1 peratus dan perhubungan 2.8 peratus, khususnya perkhidmatan Internet.

    Sementara itu, peningkatan bagi indeks makanan dan minuman ringan adalah didorong oleh kenaikan harga minuman ringan iaitu 10.8 peratus khususnya minuman yang sedia untuk diminum dan harga susu, produk tenusu dan telur iaitu 3.8 peratus.

    Berbanding dengan Februari 2024, IHP bagi Mac 2024 meningkat sebanyak 0.1 peratus yang didorong oleh indeks makanan dan minuman ringan serta indeks bukan makanan masing-masing sebanyak 0.1 peratus.

    Indeks makanan dan minuman ringan adalah didorong oleh harga ikan dan makanan laut iaitu 0.7 peratus dan daging iaitu 0.4 peratus. Manakala, indeks bukan makanan adalah disebabkan oleh kos rekreasi dan kebudayaan iaitu 1.4 peratus khususnya pakej percutian dan umrah serta pakaian dan kasut iaitu 1.2 peratus.

    IHP mengukur perubahan harga bakul barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa yang ditetapkan dan dikumpulkan setiap bulan. Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berdasarkan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperoleh melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga.

    Mereka yang berminat untuk mendapatkan laporan penuh IHP bagi Mac 2024 boleh melayari laman sesawang JPES, https://deps.mofe.gov.bn.

    GAMBAR SERAHAN JPES
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...