Saturday, November 2, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jelajah panorama indah Xinjiang

    CHINA – Beberapa bulan yang lalu, sekumpulan 24 orang terdiri daripada penulis, Lee kim Chai termasuk rakannya, telah mengadakan lawatan selama 10 hari ke Xinjiang di China.

    Mereka telah mendengar begitu banyak cerita tentang wilayah yang indah itu dan kemudiannya memutuskan untuk melawat tempat tersebut.

    Bulan Jun adalah masa yang terbaik untuk melawat wilayah itu, kerana cuacanya menggalakkan di mana suhunya hanya sekitar 20°C. Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China adalah wilayah yang sangat besar, mengambil satu perenam daripada saiz China. Ia mempunyai populasi 23 juta dengan lebih daripada 40 etnik minoriti. Bagi memberikan awda gambaran yang lebih baik tentang keluasan wilayah itu, lapan daripada 15 negara yang bersempadan dengan China boleh ditemukan di tempat tersebut.

    Walaupun terbentang luas, ia dihubungkan dengan baik dengan lebuh raya, dan juga kereta api berkelajuan tinggi.

    Selepas berehat semalaman di Urumqi, mereka meneruskan perjalanan ke Burqin.

    Padang rumput yang indah dikelilingi oleh gunung dan dihiasi dengan pelangi. – ANN/TheStar
    Masjid Shaanxi dibina pada tahun 1781. – ANN/TheStar
    Penulis (dua dari kanan) bersama kumpulannya bergambar berhampiran Jambatan Guozigou antara Tasik Sayram dan Yining. – ANN/TheStar
    Pemandangan panorama Tasik Kanas. – ANN/TheStar

    Sepanjang perjalanan, mereka melawat Kawasan Pemandangan Wucaitan yang terkenal.

    Wucaitan bermaksud pantai lima warna.

    Semasa menghampiri Burqin, mereka melalui ladang turbin angin yang sangat panjang, di mana ia dianggap penulis mampu menjana tenaga boleh diperbaharui disalurkan ke talian grid elektrik.

    Destinasi mereka seterusnya ialah Rizab Alam Semula Jadi Kanas yang terletak di timur laut Xinjiang, bersempadan dengan Mongolia dan Rusia. Sepanjang perjalanan, pemandangannya indah dan mempesonakan, dengan padang rumput hijau yang terbentang luas dan puncak bersalji, di mana Gunung Altay menjadi latar belakangnya.

    Dari pavilion Guanyu, mereka dapat melihat panorama Tasik Kanas serta kawasan sekitarnya.

    Di Kanas, mereka turut berpeluang menonton persembahan kebudayaan menampilkan salah satu kumpulan etnik minoriti iaitu suku Tuva yang dikatakan keturunan Genghis Khan.

    Tidak terlalu jauh dari Rizab Semula Jadi Kanas ialah Kampung Hemu. Mereka perlu melalui jalan-jalan gunung yang berliku-liku dan berpeluang melihat pokok birch serta anak sungai di sepanjang jalan. Di samping melihat pelangi yang indah terbentuk di seluruh langit.

    Sungai Hemu membelah kampung. Airnya sangat jernih pada hari itu, kerana ia mengalir dengan salji cair dari banjaran gunung di sekitarnya.

    Kampung tersebut kebanyakannya didiami oleh orang Tuva, yang lebih suka tinggal di rumah kayu tradisional mereka dan menjalani gaya hidup sederhana.

    Seterusnya, mereka mengembara ke arah bahagian barat Xinjiang, ke bandar Karamay. Di tempat tesebut mereka melihat banyak kawasan minyak, kerana Karamay terkenal dengan rizab minyaknya yang luas.

    Kira-kira 45 minit ke utara Karamay ialah Bandar Hantu Karamay. Di sini, mereka dapat melihat banyak formasi batuan unik yang berbeza bentuk, warna dan saiz. Di Karamay, terdapat banyak filem dan rancangan yang telah menggunakannya sebagai latar belakang penggambaran, termasuk Crouching Tiger yang memenangi anugerah, Hidden Dragon.

    Dari Karamay, mereka pergi ke Tasik Sayram. Ia merupakan tasik gunung bersaiz kira-kira 450 kilometer persegi, terletak pada ketinggian kira-kira 2,000 meter dari paras laut.

    Pemandangannya sungguh menakjubkan, dengan tasik biru dikelilingi oleh pergunungan yang dilitupi salji. Padang rumput yang luas dilitupi bunga kekwa liar kuning menyerupai permaidani tenunan.

    Mereka kemudiannya bergerak ke bandar Xining, ke Padang Rumput Nalati. Tempat tersebut terkenal dengan padang rumput yang cantik. Di sini mereka berpeluang untuk melihat kumpulan lembu, biri-biri dan kuda berkeliaran santai di kaki gunung.

    Selepas menonton persembahan kebudayaan yang menghiburkan oleh etnik minoriti Kazakh, mereka kembali ke Yining dan melawat ‘jalan enam bintang,’ yang merupakan daerah lama dibina pada tahun 1930an. Ia dipanggil enam bintang kerana reka bentuknya yang mempunyai enam jalan utama menumpu ke pusatnya, menempatkan kawasan komersial, sekolah, masjid dan gereja.

    Selain itu, mereka juga melawat satu lagi bandar purba bernama Kazanqi yang kebanyakannya didiami oleh orang Uygur. Di sini, kami dijemput ke rumah beberapa penduduk tempatan, dan dijamu dengan persembahan kebudayaan orang Uygur dan Kazakh.

    Kami melihat sebuah bangunan berbentuk pagoda yang merupakan Masjid Shaanxi purba.

    Masjid tersebut dibina pada tahun 1781 dan merupakan salah satu peninggalan budaya di China di bawah perlindungan negara itu.

    Keesokan harinya, mereka sempat menaiki kereta api laju ke Urumqi, ibu kota Xinjiang.

    Perjalanan itu lancar dan selesa. Apabila sampai di Urumqi, mereka terus menuju ke Bazar Besar Antarabangsa Xinjiang, yang disebut-sebut sebagai bazar terbesar di dunia. Awda boleh melihat budaya dan seni bina Islam, serta perdagangan dan barangan tradisional, di samping tempat makan. Adalah lebih baik untuk mendapatkan cenderahati dan makanan ringan di tempat tersebut kerana awda boleh menemui kraftangan, buah-buahan, kurma, walnut, salap, dan juga daging barbeku.

    Akhir sekali, mereka melawat Gunung Huoyan atau Gunung Flaming di Turpan.Tempat itu dipanggil sedemikian kerana ia dikatakan sebagai kawasan paling panas di China. Semasa perjalanan mereka, suhu ialah 41°C, walaupun suhu tertinggi yang direkodkan ialah 76°C!

    Perjalanan mereka tidak akan lengkap tanpa menyebut masakan tempatan yang lazat dengan hidangan seperti kambing panggang, kambing barbeku dan daging lembu, naan termasuk beberapa produk susu. – ANN/TheStar

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda