Thursday, September 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Dalam usaha mengalu-alukan orang ramai untuk membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini bagi keperluan golongan yang memerlukan, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan kempen derma darah pada 21 September ini bertempat di Dewan Salambigar, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Kampung Salambigar.

    Kempen berkenaan akan diadakan bermula dari 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Sehubungan itu, orang ramai turut dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk menderma darah pada waktu bekerja bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda