Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kekurangan kerabat diraja berisiko lenyapkan empayar Jepun

    TOKYO, 30 DIS – Keluarga empayar Jepun berisiko lenyap berikutan kekurangan ahli keluarga diraja yang layak ditabalkan sebagai maharaja, dengan pakar bagaimanapun menyatakan kerajaan sedang berusaha meningkatkan bilangan kerabat diraja, namun sukar menghubungi kebanyakan daripadanya.

    Larangan wanita menaiki takhta akan menyaksikan tempat Maharaja Naruhito, 61, suatu hari nanti akan diisi oleh anak saudaranya Putera Hisahito dan bukannya anak tunggalnya, Puteri Aiko.

    Jika Hisahito yang berusia 15 tahun tidak mempunyai anak lelaki, keluarga diraja yang sejarahnya sejak lebih 2,600 tahun, akan ketiadaan waris lelaki untuk meneruskan salasilah.

    Tinjauan menunjukkan orang ramai secara meluas menyokong idea seorang wanita mengambil peranan sebagai maharaja yang tidak memegang kuasa politik di bawah perlembagaan Jepun selepas Perang Dunia ke-2.

    Bagaimanapun tekanan untuk berpegang kepada tradisi lama berbanding akur kepada penggubal undang-undang dan pengundi konservatif, menjadikan idea itu mungkin tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

    Kerajaan sedang memikirkan kemungkinan penyelesaian kepada dilema itu dan minggu lalu panel yang ditauliahkan khas mengemukakan dua cadangan kepada kerajaan.

    Antaranya membenarkan wanita diraja mengekalkan gelaran dan tugas awam apabila mereka berkahwin dengan pasangan bukan keluarga diraja dan yang keduanya, membenarkan lelaki daripada 11 bekas keluarga diraja yang dimansuhkan dalam pembaharuan pasca perang untuk menyertai semula keluarga diraja.

    Laporan panel itu turut mengesyorkan peraturan keturunan lelaki dipelihara sekurang-kurangnya sehingga Putera Hisahito menjadi maharaja. – AFP

    Gambar fail Puteri Aiko pada satu sidang media. Jepun berisiko berhadapan empayar lenyap disebabkan kekurangan kerabat diraja untuk mewarisi takhtanya, dengan pewaris perempuan masih dalam perdebatan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...