Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban akibat hujan monsun di Pakistan cecah 154

    ISLAMABAD, 8 OGOS – Angka kematian akibat hujan monsun dan banjir hampir enam minggu di seluruh Pakistan meningkat kepada 154, kata pegawai-pegawai hari ini, ketika hujan lebat berterusan di kebanyakan negara itu, membanjiri beberapa kampung.

    Lebih 1,500 rumah telah rosak sejak 1 Julai, apabila hujan monsun bermula, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara. Kebun-kebun buah di kawasan terpencil di wilayah Baluchistan barat daya telah rosak, dan hujan membanjiri banyak jalan di bandar timur Lahore.

    Bahagian yang ditadbir Pakistan di wilayah Himalaya di Kashmir yang dipertikaikan juga telah dilanda hujan, menyebabkan tanah-tanah runtuh.

    Kebanyakan daripada 154 kematian berlaku di wilayah Punjab timur dan barat laut Khyber Pakhtunkhwa, menurut agensi bencana dan pihak berkuasa wilayah. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda