Wednesday, January 15, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S: Pesakit COVID-19 di hospital naik 6 kali ganda

    SEOUL, 9 OGOS – Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 telah meningkat dengan mendadak di Korea Selatan baru-baru ini di tengah-tengah kemunculan semula virus berkenaan pada musim panas di seluruh negara, kata pihak berkuasa kesihatan hari ini.

    Bilangan pesakit yang dimasukkan ke 220 hospital di seluruh negara kerana COVID-19 mencecah 861 orang pada minggu pertama Ogos, paras tertinggi sejak awal Februari, menurut laporan agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

    Angka itu melonjak dengan cepat daripada 148 pada minggu kedua Julai kepada 226 pada minggu ketiga dan 475 pada minggu berikutnya.

    Pihak berkuasa menjangkakan trend peningkatan ini akan berterusan hingga akhir bulan ini.

    Gelombang terkini dicetuskan oleh subvarian KP.3 daripada varian omicron yang merebak dengan pantas, yang merangkumi 45.5 peratus daripada jumlah kes se-takat Julai. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda