Friday, January 17, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lori terbakar lepas langgar lori kayu balak

    BINTULU, 17 JAN – Pemandu lori membawa muatan batu rentung setelah kenderaan dipandunya melanggar lori kayu balak sebelum terbakar di Kilometer 38.6, Jalan Bintulu-Miri dekat sini malam tadi. 

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata panggilan kecemasan diterima kira-kira jam 10.01 malam sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian. 

    “Setibanya mereka di tempat kejadian, didapati sebuah lori membawa muatan batu melanggar bahagian belakang lori kayu balak menyebabkan lori membawa batu berkenaan terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Api berjaya dipadamkan dan mangsa ditemukan rentung di tempat duduk pemandu sebelum mayat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

    Identiti mangsa belum dikenal pasti manakala pemandu lori balak itu tidak dapat dikesan di lokasi kejadian. – Bernama

    Lori terbakar lepas langgar lori kayu balak – Gambar Freepik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda