Wednesday, October 2, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Bersih: Individu, syarikat kena kompaun

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) telah mengeluarkan dua kompaun terhadap seorang individu dan sebuah syarikat kerana membuang sampah secara haram semasa Operasi Bersih yang dijalankan baru-baru ini.

    Individu yang dikenali sebagai Ejaz Ahmad, pemegang No. Pasport B6595593, telah dikenakan denda kompaun sebanyak $100 kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Pindaan 2021) Bab 12 (1)(a). Manakala syarikat Kedai Makan, M Sherwani Sdn Bhd, dikenakan denda kompaun sebanyak $500 kerana melonggokkan sampah di kawasan yang tidak dibenarkan.

    Sekiranya denda kompaun ini tidak dilunaskan dalam tempoh tujuh hari, kes tersebut akan dibawa ke mahkamah. Di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Pindaan 2021), individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi $3,000, manakala syarikat boleh dikenakan denda tidak melebihi $30,000 atau penjara selama 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

    JDBM turut menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang kegiatan pembuangan sampah haram. Orang ramai diminta untuk menyertakan lokasi kejadian dan gambar sebagai bukti menerusi pesanan WhatsApp di talian 8321581.

    Sebahagian sampah yang dibuang merata oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. – GAMBAR SERARAHAN JDBM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda