Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Polis Indonesia bongkar ladang ganja di Sumatera Utara

    JAKARTA, 25 DIS – Polis Metro Jaya Jakarta dengan bantuan Polis Mandailing Natal berjaya membongkar 11 hektar ladang ganja di dua lokasi di Sumatera Utara hasil penahanan lima suspek termasuk pemiliknya pada Sabtu, lapor media tempatan.

    Siasatan narkotik Metro Jaya mendapati dua ladang berkenaan masing-masing berkeluasan lapan hektar dan tiga hektar terletak di Panyabungan Timur, daerah Mandailing Natal.

    Pengarahnya Mukti Juharsa berkata tanaman ganja berusia empat bulan itu sedia dituai pada suku pertama tahun depan dan dianggar menghasilkan 55 tan ganja.

    Bagaimanapun, kesemua ganja berkenaan telah dibakar dan tiada tangkapan dibuat di ladang berkenaan semasa operasi dilakukan, katanya. – Bernama

    Gambar fail daun marijuana atau ganja di Ladang Hepworth, New York. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...