Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Britain sokong penglibatan tentera bagi hentikan rusuhan

    MOSCOW, 7 OGOS – Sekitar 62 peratus rakyat Britain menyokong penglibatan tentera untuk menghentikan rusuhan yang tercetus minggu lalu selepas serangan tikaman maut terhadap kanak-kanak di Southport, lapor Sputnik memetik tinjauan YouGov.

    Pada Isnin, Setiausaha Pertahanan United Kingdom, John Healey berkata bahawa kerajaan tidak akan melibatkan tentera bagi membantu menangani keganasan.

    Dalam masa yang sama, 28 peratus responden menentang idea melibatkan tentera untuk menumpaskan gelombang protes.

    Laporan itu menambah bahawa 52 peratus rakyat Britain berpendapat bahawa polis menjalankan tugas yang baik dalam menangani rusuhan, tetapi peratusan yang sama percaya bahawa reaksi mereka terhadap keganasan tidak cukup tegas.

    Selain itu, 64 peratus responden menyokong penggunaan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan, dengan 75 peratus bersetuju penggunaan meriam air dan senjata renjat (taser), menurut laporan kelmarin. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda