Saturday, May 4, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ribut di AS ragut 3 jiwa

    MONROE, MICHIGAN, 30 OGOS – Taufan yang membawa angin kuat, hujan lebat dan banjir kilat ke bahagian Midwest dan Selatan telah menyebabkan kematian tiga orang, termasuk dua kanak-kanak di Michigan, Arkansas dan Ohio Amerika Syarikat (AS).

    Ribut yang melanda Michigan dan Indiana pada Isnin juga menyebabkan perkhidmatan elektrik terputus kepada ratusan ribu rumah dan perniagaan.

    Di bandar Monroe, Michigan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan terkena renjatan elektrik pada lewat Isnin di halaman belakang rumahnya selepas bersentuhan dengan talian elektrik yang terputus akibat ribut petir, kata jabatan keselamatan awam. Gadis itu mencapai apa yang dipercayainya sebagai kayu, tetapi ternyata ia adalah talian elektrik, kata jabatan itu.

    Di Arkansas, seorang budak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dia dihanyutkan ke dalam longkang ribut semasa hujan lebat pada Isnin, kata pihak berkuasa. Seorang wanita berusia 47 tahun yang cuba membantu kanak-kanak itu turut dibawa ke hospital untuk rawatan. Ribut petir yang bergerak perlahan membawa hujan lebat ke kawasan itu dan menyebabkan banjir kilat setempat, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

    Manakala di Ohio seorang wanita terbunuh malam Isnin apabila sebatang pokok tumbang di belakang rumahnya di Toledo ketika ribut kuat bergerak melalui kawasan itu, kata jabatan bomba bandar itu. Nama dan umurnya tidak didedahkan. Ribut itu turut melanda Michigan dan Indiana, membawa angin yang bertiup sehingga 93 kilometer sejam di Lapangan Terbang Battle Creek Executive di Michigan. – AP

    Timbalan pengarah Operasi Pengurusan Kecemasan, Tracy Funches dan penyelaras operasi Luke Chennault melawat kawasan banjir di timur laut Jackson. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...