Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Rizal Ghazali terlepas tindakan disiplin

    KUALA LUMPUR, 30 MAC – Pemain pertahanan Sabah FC Mohd Rizal Mohd Ghazali boleh menarik nafas lega apabila terlepas daripada dikenakan sebarang tindakan disiplin, susulan kegagalannya melapor diri ke kem latihan pusat skuad kebangsaan baru-baru ini.

    Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Setiausaha Agung badan induk itu Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata Mohd Rizal hanya diberi amaran keras, sebagai peringatan supaya tidak mengulangi tindakannya itu.

    “Sebagai peringatan tambahan, Mohd Rizal diingatkan agar tampil melapor diri terlebih dahulu dan mengemukakan sebab kepada pengurusan pasukan kebangsaan, seandainya ada alasan kukuh untuk menarik diri daripada menyahut panggilan kem latihan pada masa akan datang,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...