Saturday, May 18, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Singapura: Pengedar dadah jalani hukuman mati

    SINGAPURA, 30 MAC – Seorang lelaki Singapura yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan pengedaran dadah telah digantung hari ini dalam pelaksanaan hukuman mati pertama di ibu kota itu dalam tempoh dua tahun, kata aktivis hak asasi kemanusiaan.

    Singapura, yang mempunyai undang-undang antidadah tegas, telah menangguhkan hukuman mati itu disebabkan pandemik COVID-19 dan kali terakhir melaksanakan hukuman mati itu pada November 2019.

    Abdul Kahar Othman, 68, telah digantung mati awal hari ini, kata aktivis anti-hukuman mati, Kisten Han.

    Pelaksanaan hukuman mati itu berlaku meskipun rayuan daripada aktivis hak asasi kemanusiaan, termasuk pejabat Hak Asasi Kemanusiaan PBB, untuk meminta hukuman Kahar diringankan kepada hukuman seumur hidup.

    Han dan beberapa yang lain mengadakan perhimpunan kecil di luar penjara lewat kelmarin bagi Kahar.

    Kahar yang berasal dari sebuah keluarga miskin dan terlibat dengan penagihan dadah sejak remaja, banyak menghabiskan masanya di tirai besi berbanding sebagai lelaki bebas, kata Han.

    Dia dibebaskan dari penjara pada 2005 selepas sedekad tahanan pencegahan. Pada 2013, Kahar disabit bersalah mengedar dadah dan dijatuhkan hukuman mati dua tahun kemudian.

    Pemenjaraan Kahar tanpa pemulihan yang betul menjadikan ia sukar buatnya untuk keluar memilih kehidupan baharu, kata Han. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...