Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Serena Williams sedia ucap selamat tinggal

    NEW YORK, 25 OGOS – Setelah menempuh karier profesional yang gemilang selama 27 tahun, di mana dia menjadi salah seorang pemain tenis terhebat sepanjang zaman, Serena Williams bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sukan tenis di kejohanan utama di tempat dia memulakan kariernya.

    Ikon sukan berusia 40 tahun itu menamatkan spekulasi mengenai masa depannya awal bulan ini dengan mendedahkan bahawa ‘detik perkiraan’ untuknya mengundurkan diri sudah bermula, dengan penampilan terakhirnya di Grand Slam pada Terbuka AS di New York minggu hadapan.

    “Akan tiba masanya apabila kita perlu memutuskan untuk bergerak ke arah berlainan,” tulis Williams. “Waktu itu sentiasa sukar apabila awda sangat menyayangi sesuatu itu.

    “Tapi kini, detik perkiraan sudah bermula. Saya perlu fokus untuk menjadi seorang ibu, matlamat spiritual saya dan akhirnya menemui Serena yang berbeza namun masih mengujakan. Saya akan menikmati beberapa minggu akan datang ini.”

    Pengumuman itu bakal menjadi perpisahan emosional untuk Williams, yang memenangi gelaran pertama daripada 23 gelaran Grand Slam perseorangan sebagai pemain remaja berusia 17 tahun di Terbuka AS 1999, menewaskan Martina Hingis di perlawanan akhir.

    Kejayaan itu semakin menyerlah sejak dia membuat penampilan profesional pertama empat tahun sebelumnya: bahawa Williams, bersama adiknya Venus, menjadi kuasa utama dalam sukan tenis wanita.

    Tahun 1999 menandakan kejayaan perseorangan Slam pertamanya, tetapi pada ketika itu Williams sudah memenangi gelaran beregu campuran di Wimbledon dan Terbuka AS pada 1998.

    Kemenangan kategori perseorangan pada 1999 menjadi pencetus karier paling dominan berbanding mana-mana pemain wanita di era kejohanan terbuka, pencapaian 23 gelaran Grand Slam yang dicatatnya hanya ketinggalan di belakang Margaret Court yang memenanginya 24 kali. – AFP

    Serena Williams bakal menamatkan 27 tahun karier gemilang dalam sukan tenis di Terbuka AS, New York minggu hadapan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...