Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Jabatan Penjara sambut awal tahun Hijrah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Jabatan Penjara hari ini, tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 yang diisikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa sempena Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah’.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Jongsarat, Pusat Latihan, Jabatan Penjara ialah Pengarah Penjara, Haji Mohammed Fadzillah bin Haji Ismail.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-fatihah dan Selawat Tafrijiah sebelum ceramah khas disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Pegawai Ugama Pusat Dakwah Islamiah, Awang Mohd Nasyith bin Supri.

    Turut hadir ialah ketua-ketua pengurusan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara.

    Haji Mohammed Fadzillah bergambar ramai bersama penceramah undangan dan antara warga Jabatan Penjara yang hadir pada majlis sambutan berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...