Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Yusry restu penghijrahan Lisa Surihani

    Pengarah Datuk Yusry Abdul Halim menjelaskan penghijrahan isterinya iaitu Datin Lisa Surihani selama ini adalah atas kehendak sendiri selepas mereka pulang menunaikan ibadah umrah beberapa tahun lalu.

    Kata Yusry, 49, Lisa melakukan penghijrahan itu kerana Allah SWT dan bukan disuruh atau dipaksa olehnya.

    “It’s all her, itu apa yang dia mahu dan tiada gunanya kalau awak buat sesuatu tu bukan kerana Allah SWT.

    “Kalau dia pakai tudung sebab suami suruh buat apa?

    “Jadi itu yang dia nak dan buat ini kerana Allah, jadi saya restu itu je saya tidak pernah berkata… eh pakai ini pakai itu buat ini jangan buat itu,” katanya kepada mStar.

    Yusry merupakan salah seorang pengarah dalam filem Juang bersama empat pengarah lain iaitu Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali dan Aziz M. Osman. – Agensi

    Yusry mendedahkan penghijrahan Lisa Surihani adalah atas kehendak sendiri selepas mereka pulang menunaikan ibadah umrah beberapa tahun lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...