Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Shang teruskan rekod cemerlang

    WASHINGTON, 2 OGOS – Pemain tenis remaja China, Shang Juncheng menewaskan Ben Shelton buat kali kedua dalam tempoh dua minggu kelmarin, menundukkan pilihan ke-14 dari Amerika itu 6-2, 3-6, 6-3 untuk mara ke pusingan ketiga kejohanan gelanggang keras ATP di Washington.

    “Saya pastinya sangat gembira sekarang,” kata Shang yang berusia 18 tahun kepada ATPTour.com. “Ben bukan pemain yang mudah untuk ditewaskan. Saya rasa saya mempunyai gaya permainan yang sesuai untuk bertanding dengannya.”

    Shang, yang menyingkirkan Shelton 6-4, 6-4 di Terbuka Atlanta minggu lalu, berjaya memanfaatkan lima daripada sembilan peluang break point kelmarin dan mencapai kemenangan dalam masa satu jam 42 minit.

    “Dalam dua minggu terakhir, saya berjaya membalas servis dengan sangat baik,” kata Shang. “Jadi saya rasa itu adalah kuncinya hari ini, untuk mematahkan beberapa servis daripadanya.”

    Pemain kidal dari Beijing itu mencatatkan kemenangan keempatnya dalam beberapa hari, termasuk dua kemenangan kelayakan dan kemenangan pusingan pertama ke atas Emlio Gomez. – AFP

    Shang membalas pukulan kepada Ben semasa Hari 4 Terbuka Mubadala Citi DC di Pusat Tenis Rock Creek baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...