Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Syiar Islam terus bersinar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Seorang lelaki berbangsa Kadazan-Dusun telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Jalan Salam Perpaduan, Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan, hari ini.

    Laurell Wharton, 37, yang melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Aliff Astellero bin Abdullah.

    Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan dan diselajurkan dengan Dikir Marhaban sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Menurut PDI, sejak awal Januari hingga 2 Mei lalu, seramai 120 orang telah memeluk agama Islam di negara ini.

    Majlis pengislaman Laurell Wharton yang berlangsung di Jalan Salam Perpaduan, Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan, hari ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...