Thursday, January 9, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sherry minta hentikan kebencian atau berdepan saman

    Pelakon Malaysia Sherry Ibrahim tampil mempertahankan diri selepas seorang individu di media sosial menuduh dia masih belum move on daripada kehidupan lama.

    Sherry atau Syarizad Ibrahim, 42, mempersoalkan dan meminta penjelasan daripada individu tersebut kerana tuduhan itu bukan sahaja fitnah tetapi menyebarkan kebencian terhadapnya.

    Move on fasal apa ya? Awak ada masalah bahagian mana, boleh terangkan tak?

    “Awak jer yang rasa macam itu dan nak tulis supaya orang membenci dan ia adalah fitnah.

    “Jadi, kalau awak tak kenal saya dan tak ada bukti jangan suka hati nak komen macam tu.

    Sherry nasihat hentikan sebar kebencian. – Rotikaya

    Hentikan kebencian! Ke awak yang tak move on?,” katanya.

    Sherry membalas komen itu di akaun TikTok miliknya selepas memuat naik hantaran video menasihati warganet agar tidak lagi menulis komen negatif.

    Pada hantaran lain, Sherry berkongsi komen individu sama dilihat masih tidak berpuas hati dengannya.

    “Orang luar boleh nampak perangai sebenar si Sherry Ibrahim ni. Orang baharu gertak sikit dia dah meroyan,” kata individu berkenaan.

    Tidak mahu perkara itu berlarutan, Sherry menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika individu itu masih berkeras meninggalkan komen negatif di akaun media sosialnya.

    “Perangai sebenar macam mana tu? Awak yang komen dekat TikTok saya, tulis yang bukan-bukan, awak yang mungkin tak move on.

    “Sudah masuk tahun baharu tak ada benda yang perlu dikaitkan.

    “Sekali lagi awak tulis awak tunggu surat daripada peguam saya.

    “Jaga diri dan semoga hati awak sentiasa tenang dan dibuang perasaan benci,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda