Sunday, May 5, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Taksonomi kewangan sokong pembangunan lestari

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Lebih 150 orang pegawai kerajaan dan wakil-wakil dari Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), sektor perbankan, takaful dan insurans, pasaran modal serta industri minyak dan gas telah menghadiri Bengkel ASEAN Sustainable Finance Taxonomy di Hotel Centrepoint, di sini, kelmarin.

    Bengkel anjuran BDCB dengan sokongan Sustainable Finance Institute Asia (SFIA) itu antara lain bertujuan untuk memberi pengenalan mengenai ASEAN Taxonomy for Sustainable Finance (ASEAN Taxonomy) kepada pihak-pihak berkepentingan tempatan.

    Melalui kajian kes, bengkel tersebut antara lain menghuraikan peranan penting yang dimainkan oleh sektor kewangan dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam menyumbang kepada pembangunan taksonomi kewangan lestari kebangsaan serta cara-cara untuk menggunakannya dengan berkesan.

    Timbalan Pengarah Urusan, Operasi Monetari, Perkembangan dan Antarabangsa BDCB, Hajah Noorrafidah binti Haji Sulaiman dalam ucapannya antara lain telah menggariskan visi negara untuk diiktiraf secara meluas dengan pencapaiannya di mana rakyat Brunei adalah berpendidikan, berkemahiran tinggi, dan berjaya serta menikmati kualiti hidup yang tinggi, dan ekonomi yang dinamik dan mampan menjelang 2035.

    Di samping itu, beliau mengongsikan kepentingan penubuhan sebuah taksonomi khusus bagi kewangan lestari untuk menyokong pembangunan kelestarian, mencapai agenda kelestarian negara, dan mencegah greenwashing. Inisiatif-inisiatif berkenaan diharap akan dapat menyumbang kepada usaha global ke arah pembangunan lestari dan kewangan lestari.

    Bengkel kemudian diikuti dengan pembentangan mengenai ASEAN Taxonomy for Sustainable Finance at a Glance yang disampaikan oleh Pengarah Program di SFIA, Najwa Abu Bakar.

    Perbincangan ahli-ahli panel turut diadakan yang telah diketuai oleh Ketua Pengarah Eksekutif SFIA, Eugene Wong dengan melibatkan Ketua Capabilities Enablers and Futures, Sustainability Group, Monetary Authority of Singapore, Lim Bey An, dan Pengarah Kelestarian, Unit Kelestarian, Bank Negara Malaysia, Madelena Mohamed.

    Gambar Fail
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...