Monday, May 6, 2024
22.9 C
Brunei

    -

    Persidangan sains sukan labuh tirai

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Di Negara Brunei Darussalam, bidang sains sukan dan perubatan telah menjadi bidang yang semakin menonjol bagi meningkatkan lagi prestasi dan kesihatan para atlet serta individu yang aktif.

    Justeru topik-topik utama yang diketengahkan semasa Persidangan Sains Sukan dan Perubatan Brunei Darussalam 2024 menekankan pentingnya mengambil langkah-langkah bertindak sebagai sebuah komuniti dalam bidang sukan.

    Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Persidangan Sains Sukan dan Perubatan Brunei Darussalam 2024 dalam ucapan penutupnya pada majlis penutup persidangan yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, hari ini.

    Hadir menyempurnakan majlis penutup berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud selaku Penasihat Jawatankuasa Kerja Persidangan Sains Sukan dan Perubatan Brunei Darussalam 2024; Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari serta pegawai-pegawai kanan KKBS dan Jabatan Belia dan Sukan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderamata kepada penceramah jemputan pada majlis penutup di Hotel Antarabangsa Rizqun, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Awang Mohammad Adi Salihin berkongsi pengalamannya menyertai persidangan dua hari itu. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Dalam ucapannya lagi, Dayang Umi Kalthum berkata mereka telah mempamerkan komitmen menerusi tindakan berimpak, melaksanakan langkah-langkah efektif dan strategi yang disokong oleh data serta penyelidikan semasa.

    Ia termasuk mengenal pasti strategi, menyesuaikan keadaan latihan, memperbaiki pemulihan dan menyediakan sokongan kesihatan di mana semua usaha membawa kepada pendekatan pelbagai disiplin yang komprehensif.

    Pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi telah menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderamata kepada penceramah jemputan, moderator dan penaja.

    Persidangan selama dua hari itu disertai kira-kira 250 orang peserta yang mengetengahkan pembentangan dan perkongsian daripada pakar-pakar perubatan dari Persekutuan Perubatan Sukan Antarabangsa (FIMS) dan Asian Federation of Sports Medicine (AFSM).

    Persidangan itu bermatlamat untuk memperkukuhkan pemahaman tentang sains sukan, berkongsi penemuan terkini dalam bidang ini, mempromosi kolaborasi antara pakar sains sukan serta membangun strategi untuk meningkatkan prestasi dan kesihatan atlet.

    Salah seorang peserta persidangan, atlet wusyu negara, Awang Mohammad Adi Salihin bin Roslan dalam temu bual ringkas bersama Media Permata berkata persidangan itu banyak memberikan manfaat kepadanya mengenai sains sukan dan perubatan.

    Menurutnya, ilmu pengetahuan dan perkongsian daripada pakar telah membantunya sebagai seorang atlet untuk mengetahui mengenai sains sukan dan perubatan dalam mencapai prestasi terbaik baginya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...