Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Unifil arah keluarga anggotanya tinggalkan Lubnan

    BEIRUT, 9 OGOS – Jurucakap Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Andrea Tenenti kelmarin berkata bahawa keluarga pasukan pengaman yang berkhidmat dengan agensi itu perlu meninggalkan negara berkenaan buat sementara waktu, lapor agensi berita Xinhua memetik laman berita Elnashra.

    “Banyak keluarga telah meninggalkan Lubnan, walaupun ada yang masih kekal di Beirut.

    “Tindakan baharu ini juga melibatkan mereka dan ia adalah langkah sementara,” kata jurucakap itu.

    Kenyataan Tenenti ini dibuat susulan peningkatan konflik antara Hizbullah dengan tentera Israel di sempadan selatan Lubnan baru-baru ini. Langkah ini dijangka berlangsung sekurang-kurangnya hingga akhir Ogos.

    Beberapa negara menggesa rakyat mereka untuk meninggalkan Lubnan, sementara beberapa syarikat penerbangan menangguhkan atau membatalkan penerbangan ke Beirut. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda