Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    131 pelatih tamat kursus pra-laut

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Daniel Lim

    BELAIT, 1 DIS – Kerjaya sebagai pelaut adalah sangat mencabar dan memerlukan ketabahan, disiplin dan latihan yang mencukupi.

    Data juga menunjukkan bahawa belum ramai lagi pelaut tempatan berkhidmat di perairan Brunei, serantau dan antarabangsa dan ini merupakan peluang yang perlu direbut oleh anak-anak tempatan. Perkara berkenaan ditekankan oleh Pemangku Pengetua Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Satelit, Dr Suhaimi bin Haji Abdul Wahab dalam ucapannya selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Pra-laut bagi Kelasi Dek dan Kelasi Enjin, Akademi Maritim Brunei (BMA) yang berlangsung di IBTE Kampus Jefri Bolkiah (IBTE-JBC), hari ini. Beliau berkata, sijil yang diserahkan pada majlis itu adalah sebagai bukti bahawa pelatih telah berjaya dan lulus setelah mengikuti latihan pra-laut selama tiga bulan di BMA.

    Beliau berharap, pengetahuan dan kemahiran praktikal yang telah diperolehi dapat diserapkan, dipraktikkan dan ditingkatkan lagi semasa mengikuti latihan di laut selama enam bulan dan semasa bekerja nanti.

    Seramai 131 orang pelatih pengambilan 2018 hingga 2021 telah berjaya menamatkan pengajian kursus Pra-laut bagi Kelasi Dek dan Kelasi Enjin dan menerima Certificate of Attendance (COA) pada majlis berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan IBTE, majlis berkenaan merupakan penyampaian sijil kali kedua bagi kelasi pra-laut BMA.

    Dr Suhaimi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta semasa majlis berkenaan.
    Dr Suhaimi bergambar ramai bersama peserta semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...