Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hetty bantu mangsa gempa bumi

    Penderitaan mangsa gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat mendapat perhatian bintang legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, baru-baru ini.

    Selain berkongsi simpati dan dukacita terhadap mangsa kejadian menerusi akaun Instagram (IG), Hetty yang lebih akrab disapa Bunda meluahkan hasrat meringankan beban ditanggung mangsa dengan menghulurkan sedikit bantuan.

    “Saya dukacita atas musibah yang menimpa mangsa di Cianjur. Melihat keadaan di kawasan ini selepas bencana menerusi berita, saya sangat sedih.

    “Masya-Allah, memang tak dapat saya bayangkan kerosakan berlaku akibat bencana dan keadaan mangsa yang tinggal sehelai sepinggang.

    “Simpati keadaan yang menimpa mangsa, saya berhasrat menghulurkan bantuan. Secara kebetulan, saya akan mengadakan sebuah persembahan amal pada 3 Disember ini.

    Hetty meluahkan hasrat meringankan beban ditanggung mangsa gempa dengan menghulurkan sedikit bantuan. – Agensi

    “Pada mulanya, tujuan persembahan dibuat untuk membantu golongan penggiat seni seperti penyanyi dan komposer yang terkesan akibat pandemik COVID atau mereka yang tidak mampu bekerja atas sebab kesihatan.

    “Insya-Allah, hasil kutipan jualan tiket konsert didermakan kepada mangsa gempa bumi, termasuk sumbangan peribadi saya sendiri,” katanya kepada BH Online. Hetty menambah, dia bersyukur niatnya untuk membantu mereka yang memerlukan dipermudah Tuhan.

    “Selepas mengadakan konsert sempena 50 tahun dalam industri seni di Kuala Lumpur pada Ogos lalu, saya berniat hanya akan mengadakan konsert berkonsepkan amal sahaja.

    “Secara kebetulan, ada penganjur berminat mengadakan konsert di sebuah hotel di Jakarta pada 3 Disember ini, jadi saya ambil peluang melunaskan janji saya.

    “Saya bersyukur kerana musibah yang melanda tidak menjejaskan resort percutian saya yang dibina 10 kilometer dari lokasi kejadian.” – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...