Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    2 pelanggan menang ganjaran lumayan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Awang Ronnie @Eric Chin dan Awangku Muhammad Hazim bin Pengiran Mahari hari ini, membawa pulang wang tunai $10,000 setiap seorang selaku pemenang utama Promosi Hadiah Tunai Sehingga $250,000 anjuran Insurans Islam TAIB Holdings (IITH) Sdn Bhd.

    Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Pusat Membeli-belah One City, Kampung Sungai Hanching di mana hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengerusi Lembaga Pengarah IITH Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya, Hajah Norliah binti Haji Kula.

    Turut hadir ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim dan ahli Lembaga Pengarah IITH Sdn Bhd dan anak-anak syarikat, Dr Awang Norfarizal bin Othman; ahli Bebas Lembaga Pengarah IITH Sdn Bhd dan anak-anak syarikat, Awang Shamsul Bahri bin Haji Kamis; serta Pemangku Pengurus Besar IITH Sdn Bhd dan anak-anak syarikat, Pengiran Hajah Noraini binti Pengiran Haji Sablon.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi Januari, yang terdiri daripada Awang Muhammad Wann Azizzat bin Abdullah Ranggau yang menerima $2,500 manakala Dayang Suzinah binti Sahari, Sekolah Tadika Alif, dan Awang Kamran bin Majid memenangi wang tunai bernilai $1,000 setiap satu.

    Majlis juga diselajurkan dengan perasmian kempen baharu IITH Sdn Bhd iaitu Alhamdulillah 30, bersempena sambutan ulang tahun ke-30.

    Pelanggan yang menyertai mana-mana skim atau pelan takaful Insurans Islam TAIB sama ada Takaful Am atau Takaful Keluarga akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah setiap bulan dari Mac hingga Disember tahun ini.

    Hajah Norliah bergambar ramai bersama para pemenang.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah di Punjab ditutup selama 7 hari

    ISLAMABAD, 21 MEI - Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh...