Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    25 maut dalam serangan terbaharu Gaza

    GAZA, 11 MEI – Tentera Israel dan Palestin berbalas serangan yang kini sudah memasuki hari ketiga dan merupakan yang terburuk sejak pertengahan tahun lalu.

    Seramai 25 rakyat Palestin terbunuh termasuk tentera dan orang awam susulan serangan udara dan peluru berpandu dari Israel sejak kelmarin, kata Pegawai Tentera Palestin.

    Kebanyakan kedai di Gaza ditutup dan sebahagian jalan raya ditinggalkan ketika pesawat tentera Israel mengelilingi kawasan bangunan runtuh.

    Menurut pihak tentera, lebih 500 peluru berpandu dilepaskan dari Gaza ke Israel sejak kelmarin dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan di Israel.

    Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 368 peluru berpandu berjaya melepasi sempadan dan 154 dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome, manakala 110 jatuh di kawasan Gaza.

    Pejuang Jihad Islam memaklumkan bahawa peluru berpandu ditembak semula ke arah Israel sekitar jam 9 pagi waktu tempatan. – AFP

    Penduduk Palestin memeriksa rumah anggota Islamic Jihad, Anas Al Masri yang musnah dalam serangan Israel di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...