Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    8 maut, bot penyeludup terbalik

    SAN DIEGO, 13 MAC – Sekitar lapan orang terbunuh apabila dua bot penyeludupan pendatang haram terbalik di tengah-tengah kabus tebal di pantai Blacks, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Kejadian itu merupakan salah satu operasi penyeludupan manusia ma-ritim paling maut pernah berlaku di luar pantai Amerika Syarikat (AS).

    Pengawal Pantai dan kru Penyelamat Bomba San Diego menemui mayat lapan orang dewasa tetapi kabus telah menghalang pencarian mangsa untuk diteruskan.

    Usaha pencarian disambung semula kelmarin tetapi tiada mayat ditemui. Pengawal Pantai mengumumkan di Twitter bahawa pencarian dihentikan pada pukul 3:30 petang. Mangsa yang terselamat mungkin melarikan diri ke darat.

    Ketua Penyelamat San Diego James Gartland berkata, pasukan penyelamat mendapati kedua-dua bot itu terbalik di perairan cetek ketika mereka tiba.

    Pantai Blacks terletak kira-kira 24 kilometer di utara pusat bandar San Diego di kawasan terpencil tidak jauh dari La Jolla Shores yang popular. Reputasinya untuk beberapa percutian terbaik di California Selatan menarik ramai pelayar.

    Beratus-ratus operasi penyeludupan maritim berlaku setiap tahun di luar pantai California dan kadangkala menjadi maut. – AP

    Sebuah bot terbalik di Pantai Blacks yang membawa penyeludup masuk ke AS. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...