Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Anak damit jatuh perigi berjaya diselamatkan

    BANGKOK, 7 FEB – Penyelamat Thailand hari ini berjaya menyelamatkan seorang anak damit yang jatuh ke dalam sebuah perigi sedalam 13 meter di kawasan pedalaman Thailand, selepas mereka menjalankan operasi menggali yang dilakukan semalaman.

    Anak damit perempuan berusia 19 bulan itu terjatuh ke dalam perigi selebar 30 sentimeter di wilayah Tak, berhampiran sempadan Myanmar, ketika sedang bermain pada petang kelmarin.

    “Dia berada dalam keletihan namun masih menunjukkan tanda-tanda yang baik,” kata ketua polis Phop Phra, Ratsaran Ketsoising kepada AFP.

    Imej video daripada tempat kejadian menunjukkan para penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa.

    Anak damit tersebut kini menerima rawatan di hospital. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...