Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Argentina kalahkan Chile tanpa Messi

    BUENOS AIRES, 6 SEPT— Walaupun tanpa Lionel Messi yang tercedera dan Ángel Di María yang telah bersara, Argentina berjaya menewaskan Chile 3-0 kelmarin untuk kekal di puncak kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan 2026.

    Alexis Mac Allister membuka jaringan pada minit ke-48, Julián Álvarez menambah gol pada minit ke-84 dan Paulo Dybala menutup jaringan pada minit ke-90 untuk pasukan Argentina, yang mempunyai 18 mata selepas tujuh pusingan pertama.

    Enam pasukan teratas dalam kedudukan Amerika Selatan akan layak ke Piala Dunia yang akan dimainkan di Amerika Syarikat, México dan Kanada pada 2026.

    Selepas memenangi Copa America di Amerika Syarikat, Argentina berjaya tanpa Messi yang mengalami kecederaan buku lali kanan pada perlawanan akhir menentang Colombia. Status masa depannya juga masih tidak menentu.

    Di María pula yang telah bersara daripada pasukan kebangsaan, diberi penghormatan oleh peminat dan rakan sepasukannya sebelum perlawanan itu dimainkan di Estadio Monumental di Buenos Aires.

    Di María juga bermain perlawanan terakhirnya dengan menang ke atas Colombia dalam perlawanan akhir Copa America. Beliau telah menjadi ahli pasukan kebangsaan Argentina selama 16 tahun.

    Pasukan itu kemudiannya mengarak trofi Copa America yang dimenangi di sekeliling lapangan. – AP

    Reaksi Argentina meraikan gol Paulo Dybala semasa perlawanan bola sepak kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2026 di Buenos Aires, Argentina kelmarin. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda