Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Ayu Puteh berputih mata lesap RM100,000

    Penerbit Datuk Ayu Puteh berputih mata menanggung kerugian lebih RM100,000 selepas pejabat miliknya yang terletak di Damansara Damai dipecah masuk pencuri.

    Menurut Ayu atau Normashayu Puteh, 48, kejadian tersebut disedari sekitar pukul 9 pagi kelmarin apabila kakitangannya sampai ke premis berkenaan bagi memulakan tugas.

    “Awal pagi staf saya dah hubungi dan minta untuk saya segera datang ke pejabat. Mereka mula nampak pintu depan terbuka dan syak pejabat dipecah masuk.

    “Saya pun terus ke pejabat dan sampai sekitar pukul 9:30 pagi. Memang keadaan sangat teruk. Habis keadaan berselerak dan ia melibatkan tiga unit pejabat.

    “Setakat ini saya boleh pastikan wang tunai RM100,000 yang sepatutnya digunakan untuk penggambaran drama lesap,” katanya kepada mStar.

    Tambah Ayu, dia terus menghubungi balai polis terdekat selepas melihat kejadian tersebut dan pihak berkuasa meminta agar tidak menyentuh mana-mana kawasan bagi tujuan siasatan.

    Selain wang tunai, Ayu juga turut berasa ralat apabila lapan footage filem terdahulu habis rosak disimbah air.

    Dia juga tidak dapat melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTC) kerana penjenayah berkenaan memotong kabel selain membawa lari komponen sistem alat berkenaan. – Agensi

    Ayu berdepan musibah pejabat dipecah masuk. – Hmetro
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah di Punjab ditutup selama 7 hari

    ISLAMABAD, 21 MEI - Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh...