Tuesday, May 21, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Berkenan saksikan perlawanan pertunjukan

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, juga selaku Pengerusi Kelab Bola Sepak DPMM FC, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan pertunjukan antara DPMM FC dan para pemain Legenda Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, malam tadi.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda `Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman ​​dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa‘ Raihaanul Bolkiah.

    Dianjurkan oleh imagine (B) Sdn Bhd bersama Oceanus Media Global, perlawanan itu merupakan sebahagian daripada imagine Football Fiesta bersempena sambutan Hari Kebangsaan Brunei ke-40.

    Perlawanan berakhir dengan kemenangan memihak kepada pasukan DPMM FC dengan keputusan 4-2.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah semasa berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Aksi pemain-pemain daripada pasukan DPMM FC dan Legenda EPL semasa perlawanan pertunjukan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, semalam. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...