Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bantu kesan mereka

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan mengenai pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Al Amin berusia 25 tahun dengan nombor pasport, BW0073053, telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.

    Sementara itu, satu laporan mengenai pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Iin Indahsari berusia 36 tahun dengan nombor pasport, C7153479 telah dibuat di Balai Polis Panaga.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki dan perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334, Balai Polis Panaga di talian 3227984, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Iin Indahsari warga Indonesia.
    Md Al Amin dari Bangladesh.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...