Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    KSN: Menteri kabinet masih berfungsi seperti biasa dalam kerajaan ‘caretaker’

    PUTRAJAYA, 10 OKT – Kabinet yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berfungsi sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker’ dengan Mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun parlimen telah dibubarkan hari ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

    Bagaimanapun, beliau berkata kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.

    “Menteri dan timbalan menteri berfungsi seperti biasa dalam kerajaan ‘caretaker’ cuma tidak boleh membuat keputusan mengenai dasar dan polisi baharu,” katanya ketika diminta memberi pandangan mengenai fungsi kabinet ekoran pembubaran parlimen.

    Mohd Zuki berkata Kabinet juga boleh meneruskan pelaksanaan dasar dan keputusan yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan.

    Beliau berkata keadaan ketika ini berbeza dengan pentadbiran terdahulu apabila perdana menteri meletak dan melepaskan jawatan pada 2020 dan 2021.

    Mohd Zuki berkata ketika itu apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, kabinet mereka secara serta-merta terbubar. Namun, dalam keadaan sekarang, hanya parlimen sahaja yang dibubarkan.

    “Jemaah Menteri masih lagi boleh bermesyuarat terutama apabila berlaku bencana dan sebagainya,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...