Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    BIBD Securities terima anugerah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Securities, penyedia terkemuka penyelesaian pelaburan di Brunei telah menerima anugerah Pendidikan Pelabur Terbaik, Retail House Terbaik, Institutional House Terbaik dan Islamic Fund House Terbaik, untuk Brunei, oleh Asia Asset Magazine bagi 2022.

    Sementara itu, Pengurusan Aset BIBD yang beroperasi di bawah lesen BIBD Securities, dianugerahkan Aplikasi Terbaik Amalan ESG (Kewangan) untuk Brunei oleh Tinjauan Perniagaan Global.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Pemangku Pengarah Urusan BIBD Securities, Jason Wong dipetik menjelaskan, “Kami berasa berbesar hati kerana diiktiraf atas pencapaian dalam pelaburan pematuhan syariah dan ESG.

    “Komitmen kami terhadap kemampanan berakar umbi dalam kepercayaan kami bahawa perniagaan mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat di mana mereka beroperasi. Kami berbesar hati menerima anugerah ini, yang merupakan bukti usaha kami untuk membina masa depan lebih mampan,” jelasnya.

    Beliau juga berkata, sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, mereka percaya bahawa pembangunan mampan adalah kunci kepada kejayaan mereka dan kejayaan pelanggan.

    “Sebagai penandatanganan Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN PRI), kami komited untuk menyepadukan pertimbangan ESG ke dalam keputusan pelaburan kami, dan kami percaya bahawa berbuat demikian bukan sahaja perkara yang betul untuk dilakukan, tetapi juga masuk akal dari segi perniagaan,” tambahnya.

    Menurutnya lagi, ia juga sejajar dengan usaha mereka untuk menyokong Pelan Tindakan Kewangan Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dengan meningkatkan celik kewangan di Negara Brunei Darussalam.

    Pada 2022, BIBD Securities telah menganjurkan lebih daripada 15 acara celik kewangan, yang melibatkan pekerja korporat serta pelajar menengah dan pengajian tinggi.

    Selain itu, BIBD Securities menganjurkan 80 acara untuk pelanggan sedia ada dan baharu bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan dan cara untuk mencapai matlamat kewangan melalui kaedah patuh syariah.

    Jason Wong semasa menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. – Gambar serahan BIBD

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...