Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bird Watching sasar 5,000 pelancong tahun ini

    KUALA BERANG, 18 OKT – Tourism Malaysia menyasarkan 5,000 kedatangan pelancong ke 55 lokasi aktiviti mencerap burung (bird watching) di seluruh negara tahun ini.

    Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata lokasi berkenaan termasuk di Tasik Kenyir dan Setiu serta Paya Maga dan Mulu di Sarawak.

    Beliau berkata bagi mencapai sasaran itu, pihaknya giat menjalankan pelbagai promosi termasuk mengedarkan E-Risalah Birdwatching Paradise Malaysia bagi menarik pelancong bukan sahaja domestik, malah luar negara.

    “Pada 2019, Malaysia merekodkan ketibaan 3,150 pemerhati burung dari dalam dan luar negara dengan pulangan pendapatan sebanyak RM20.3 juta kepada negara.

    “Tahun ini kita sasarkan pasaran pelancong lebih luas iaitu dari United Kingdom, Jepun, Singapura, Taiwan dan Thailand,” katanya selepas majlis pelancaran E-Risalah Minat Khas Birdwatching Paradise Malaysia di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir dekat sini, hari ini.

    Menurut Iskandar Mirza lagi, pihaknya berharap supaya lebih banyak pakej bird watching ditawarkan oleh penggiat pelancongan bagi merancakkan dan memajukan lagi sektor pelancongan di lokasi berkaitan. – Bernama

    Iskandar Mirza Mohd Yusof (dua, kanan) semasa melancarkan E-Risalah Minat Khas ‘Birdwatching Paradise Malaysia’ Tourism Malaysia di Pusat Penerangan Kenyir, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, kelmarin. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...