Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    BMW perkenalkan model 7 Series elektrik

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – BMW mengumumkan bahawa generasi ketujuh BMW 7 Series kini boleh diperoleh dalam sistem pemanduan semua elektrik.

    Ia menampilkan ciri-ciri inovasi baharu yang memberikan keselesaan semasa perjalanan lebih jauh di samping sistem pengendalian pintar. Selain itu, reka bentuk keseluruhan yang luar biasa bersepadu dengan kedinamikan BMW untuk semua variasi sistem pemanduan.

    Menurut kenyataan yang diterima, BMW 7 Series baharu ini bakal dilancarkan pada November 2022 dengan struktur pasaran khusus. Model BMW i7 xDrive60 boleh diperoleh di seluruh dunia dengan varian model enjin lapan dan enam silinder petrol di Amerika Syarikat, China dan rantau jualan terpilih. Manakala model enjin diesel akan ditambah di Eropah sejurus selepas pelancaran dan model hibrid akan menyertai barisan produk di seluruh dunia pada awal 2023.

    Sementara itu, kenderaan keselamatan berdasarkan BMW 7 Series akan menyusul pada tarikh kemudian.

    Antara ciri-ciri yang membuatkan model 7 Series lebih unik adalah kehadiran Theater Screen bersaiz 31.3 inci paparan 8K yang dipasang pada bahagian siling, membolehkan ruang belakang berubah menjadi pawagam peribadi.

    Menyentuh mengenai sistem keselamatannya pula, BMW 7 Series baharu kini sedang dibangunkan dengan konsep perlindungan yang lebih selamat khas untuk keperluan mereka yang terkenal dan memerlukan perlindungan khas.

    BMW model 7 Series yang bakal dilancarkan pada November 2022 nanti. – Gambar serahan BMW
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...