Saturday, May 4, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Cai Qi, Thomas Bach adakan pertemuan

    BEIJING, 17 JAN –  Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Cai Qi menzahirkan penghargaan terhadap Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach atas sokongan yang diberikan atas temasya sukan itu.

    Ketika pertemuan dalam talian baru-baru ini, Cai turut memaklumkan tinjauan Presiden Xi Jinping terhadap persiapan temasya tersebut.

    Menurut beliau, tinjauan itu menzahirkan keazaman dan keyakinan China selaku tuan rumah untuk menjadikan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing sebagai temasya yang berjaya.

    Jelas Cai, pelbagai persiapan berjaya disempurnakan, manakala “Laporan Pembangunan Berterusan Menjelang Perasmian Sukan” pula telah diumumkan.

    “Sistem pengurusan secara tertutup termasuk penginapan, makan minum dan pengangkutan telah dilancarkan.

    “Kami sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang memudahkan, pantas, tepat dan terperinci kepada para atlet,” tambah beliau.

    Menyentuh mengenai penularan wabak varian Omicron di seluruh dunia, Cai berharap IOC akan terus bersama-sama memberi kesedaran tentang risiko, dan menuruti segala peraturan yang termaktub dalam panduan pencegahan wabak.

    Sementara itu, Bach menyambut baik saranan China tatkala menghadapi penularan wabak COVID-19.

    “IOC akan terus memberi kesedaran kepada semua yang terlibat untuk mematuhi peraturan bagi mencegah jangkitan wabak, bekerjasama dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, sekali gus menjayakan temasya sukan kali ini dan menghidupkan semangat Olimpik,” ujarnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...