Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    China beri amaran kemunculan jangkitan COVID

    BEIJING, 11 OGOS – China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

    Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), Mi Feng, berkata sembilan daerah di peringkat wilayah di China masing-masing telah melaporkan lebih 100 kes COVID sejak Ogos, dengan lebih 2,000 jangkitan di Hainan, lapor agensi berita Jordan (Petra).

    Pegawai itu juga menyebut bahawa wabak COVID terbaharu di bandar pesisir pantai Sanya di wilayah Hainan di selatan China merebak cepat, selain wabak di peringkat wilayah seperti Xinjiang, Mongolia Dalam dan Guangdong sedang menular dengan pantas.

    Kes yang dilaporkan baru-baru ini di Wilayah Autonomi Tibet juga mencetuskan risiko penularan yang tinggi, kata Mi sambil menambah bahawa keadaan epidemiologi di beberapa wilayah yang sebelum ini melaporkan mengenai jangkitan telah dapat dikawal.

    NHC mengumumkan bahawa tanah besar pada Rabu mencatatkan 614 jangkitan tempatan baharu pada minggu lalu, termasuk 559 kes di wilayah Hainan, lapornya. – Bernama

    Gambar bertarikh 10 Ogos 2022 menunjukkan seorang pekerja kesihatan menjalankan ujian swab ke atas seorang kanak-kanak di Xiamen, wilayah timur Fujian, China. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...