Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Curry menangi MVP dengan 16 jaringan tiga mata

    LOS ANGELES, 21 FEB – Seseorang terlupa memberitahu Stephen Curry bahawa pertandingan tiga mata berlangsung pada Sabtu lalu ketika pemain bintang Golden State Warriors itu melakukan percubaan jaringan untuk memimpin pasukan LeBron meraih kemenangan dalam permainan All-Star NBA 2022.

    LeBron James membenam jaringan kemenangan apabila pasukannya menewaskan pasukan Durant 163-160, memberikan James kemenangan kelima berturut-turut sebagai kapten pasukan.

    Tetapi Curry adalah bintang penjaring paling cemerlang, memenangi anugerah MVP dengan prestasi 50 mata yang termasuk rekod 16 jaringan tiga mata di hadapan 19,400 orang ramai di Rocket Mortgage FieldHouse di Cleveland, Ohio.

    Dia menamatkan hanya dua kurang daripada rekod markah permainan tunggal Anthony Davis iaitu 52 mata tetapi meleburkan rekod Paul George sebelum ini iaitu sembilan jaringan tiga mata pada 2016.

    “Saya cuba dan mencuba lagi”, kata Curry yang bermain-main dengan rekod pemarkahan satu perlawanan, dipegang oleh Davis dari Los Angeles Lakers yang menjaringkan 52 mata pada 2017.

    “Apabila saya beraksi, tenaga semakin meningkat. Ia agak istimewa berada di Ohio.

    “Jelas sekali trofi ini mempunyai makna yang sangat istimewa. Saya berbangga, sangat diberkati dan saya menghargainya.”

    Permainan All-Star didahului oleh pertandingan jaringan tiga mata Sabtu lalu, pertandingan yang dimenangi Curry pada 2021 di Chicago. Karl-Anthony Towns memenangi pertandingan tahun ini, yang tidak disertai oleh Curry. – AFP

    Reaksi Stephen Curry menjulang piala Kobe Bryant setelah dinamakan MVP semasa Perlawanan NBA All-Star kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...