Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Ezlynn ingat pesan suami supaya jaga maruah

    Menjaga status sebagai seorang isteri, penyanyi dan pelakon Ezlynn memberitahu dia agak memilih untuk menerima tawaran berlakon.

    Kata Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 40, suaminya, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail tidak menghalang atau meletakkan sebarang syarat, namun dia juga menjaga kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

    “Sebenarnya suami juga seorang yang sukakan seni. Jadi dia beri green light untuk saya terus berlakon dan lakukan perkara yang saya suka.

    “Bagaimanapun suami sentiasa berpesan supaya saya menjaga maruah dan aurat.

    “Sebab itu apabila menerima tawaran berlakon saya sangat memilih watak yang patuh syariah,” katanya kepada wartawan.

    Ezlynn memberitahu dia agak memilih untuk menerima tawaran berlakon bagi menjaga statusnya sebagai seorang isteri. – Agensi

    Ezlynn bersyukur disebabkan suami yang meminati dan faham kerjaya seni membuatkan dia lebih tenang dan mudah untuk bekerja.

    Malah, suaminya iaitu juga terbuka untuk terjun ke dunia lakonan jika diberi peluang.

    “Seperti semua orang tahu suami saya merupakan seorang penderma hati yang pertama di Malaysia. Dia sudah biasa mendapat perhatian dan faham dengan dunia glamor.

    “Sebenarnya dia sendiri pun mahu mencuba jika diberi peluang untuk berlakon.

    “Disebabkan kami sekepala dan dia faham dengan dunia seni, maka saya rasa seronok dan tenang untuk bekerja,” ujarnya.

    Ezlynn dan Hafizam mendirikan rumah tangga pada 11 September 2021.

    Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ezlynn selepas bercerai dengan Adam Fahmy pada 2017.

    Bermula sebagai seorang penyanyi dalam industri seni, Ezlynn bagaimanapun kini meletakkan lakonan sebagai minat utama berbanding bidang nyanyian.

    “Kerjaya nyanyian sudah jatuh jadi nombor dua sekarang ini.

    “Saya memang minat berlakon dan terima apa sahaja cabaran yang diberikan.

    “Cuma seperti yang saya katakan, watak itu haruslah patuh syariah,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...