MANILA, 18 OGOS – Filipina akan memperuntukkan 50 bilion peso (AS$875 juta) untuk membiayai program pemodenan Angkatan Bersenjata Filipina (AFP) pada 2025, kata seorang ahli Dewan Perwakilan hari ini, lapor Xinhua.
Ahli Dewan Perwakilan, Johnny Pimentel berkata dalam belanjawan negara 2025, sejumlah 50 bilion peso telah diperuntukkan khusus untuk menyokong keperluan pembiayaan projek pemodenan AFP yang sedang berjalan.
“Jumlah ini ialah 25 peratus atau 10 bilion peso (AS$175 juta), lebih tinggi daripada peruntukan untuk perolehan dan menaik taraf perka-kasan serta sistem ketenteraan dalam bajet 2024,” kata Pimentel.
Bulan lepas, Jabatan Belanjawan dan Pengurusan (DBM) mengemukakan cadangan bajet 2025 atau program perbelanjaan negara, kepada Dewan Perwakilan untuk diteliti. – Bernama