Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    GM Korea sasar pulang modal pada 2023

    CHANGWON, 19 OKT – General Motors Co hari ini berkata syarikat itu menetapkan sasaran untuk menjadikan operasi Korea Selatannya sebagai  “perniagaan yang menguntungkan dan mampan” tahun depan, menerusi peningkatan eksport kenderaan generasi akan datang, lapor Yonhap.

    GM Korea Co, unit Korea Selatan GM, melaporkan kerugian bersih lapan tahun berturut-turut sehingga 2021, dan menjangkakan kerugian akan semakin mengecil tahun ini.

    Untuk membantunya pulih, GM Korea merancang mengeluarkan model kenderaan utiliti crossover (CUV) generasi akan datang di kilang Changwonnya, kira-kira 300 kilometer ke selatan Seoul dan mengembangkan pengeluaran SUV Trailblazer generasi akan datang di kilang Bupyeongnya, di barat Seoul, tahun depan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...