Monday, May 6, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Hobby Horsing tarikan unik kanak-kanak di Rusia

    ST PETERSBURG, 25 APRIL – Satu pertandingan berkuda yang unik telah menarik perhatian puluhan kanak-kanak, yang terdiri daripada 48 perempuan dan seorang lelaki, dari sekolah rendah hingga remaja, telah diadakan baru-baru ini di sebuah gelanggang gimnasium di utara St Petersburg, Rusia.

    Acara tersebut, yang dikenali sebagai pertandingan Hobby Horsing, dijalankan dengan suasana yang mirip dengan pertandingan berkuda sebenar, namun dengan satu perbezaan yang ketara, peserta berkuda menggunakan kayu dengan kepala kuda.

    Penggemar hobi menunggang kuda mengatakan seseorang boleh membeli kayu kuda atau membuatnya dari asas.

    Persekutuan Hobby Horsing Rusia, yang menganjurkan pertandingan itu, berkata di laman webnya bahawa asal-usul hobi itu datang dari Finland dan ia lebih cenderung kepada gerakan akar umbi dan bukannya sukan profesional.

    Namun, masih terdapat kejohanan, pelatih dan hakim, dan peserta perlu mematuhi peraturan pertandingan menunggang kuda. – AP

    Salah seorang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan Hobby Horsing di St Petersburg, Rusia.– AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...