Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Jadikan Semporna bandar bersih, tarik pelancong asing

    SEMPORNA, 11 OGOS – Jadikan Semporna sebagai sebuah bandar yang bersih bagi menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

    Beliau berkata Semporna sememangnya terkenal seluruh dunia kerana memiliki pulau-pulau cantik serta khazanah marin yang unik, namun tanpa kebersihan yang dijaga baik ia tidak akan mampu kekal sebagai tarikan untuk sektor pelancongan di negeri itu.

    Katanya penduduk Semporna dan Sabah sendiri akan memperoleh manfaat terutama dari segi sosioekonomi apabila sektor pelancongan dapat dimajukan dan memberi contoh Palawan yang merupakan bandar terbersih di Filipina mampu menarik ramai pelancong seterusnya memberi manfaat kepada penduduknya.

    “Kalau bersih lebih ramai pelancong akan datang ke daerah ini. Tidak mustahil untuk capai Semporna sebagai antara bandar terbersih di dunia jika semua pihak bekerjasama menjaga kebersihan Semporna sama ada di lautan mahupun daratan.

    “Kalau sayang daerah kita, sayang Semporna, sayang bangsa kita, ubah sikap, kita perlu jadikan matlamat untuk memastikan Semporna itu paling bersih di dunia,” katanya ketika berucap melancarkan Projek Perkhidmatan Pemungutan Sampah di perairan Semporna di sini hari ini. – Bernama

    Pulau Semporna yang indah boleh jadi tarikan sektor pelancongan yang baik jika dijaga kebersihannya. –Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...